MYSUDIP KITCHEN
My Food, My Taste
My Inspiration
Home » » Titik Permulaan MySudip Kitchen

Titik Permulaan MySudip Kitchen

Written By Unknown on Wednesday, 13 January 2016 | 23:52

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua..

First enrty ni nak cerita panjang sikit. Siapa nak tahu siapa saya sebagai owner mysudip kitchen, bagaimana ia ditubuhkan boleh lah rajinkan diri untuk membaca :)

SIAPA PENGUSAHA & BAGAIMANA WUJUDNYA MySudip Kitchen??

Saya seorang isteri kepada Syahrul Farhan dan anak kepada En.Ariff & Pn Ramlah. Menantu kepada En.Rabain & Pn.Noorlaila. Saya bukanlah SUKA MASAK. Apatah lagi PANDAI MASAK.

Saya mengaku dalam 3 org adik beradik saya paling TAK PANDAI MASAK. Bila mama masak kat dapur atau time kenduri di rumah, saya org yg handle benda lain. Saya ni macam tomboy dulu suka buat kerja lelaki. Memasak BUKAN BIDANG saya. 

Setahun sebelum berkahwin saya dah mula rasa nak try2 masak. Taster ialah suami saya yang merangkap boyfriend pada ketika itu. Tak berani oiii nak suruh keluarga makan.. Semua tu otai memasak (masakan kampung). Memang taklah nak bagi diorang jadi taster. Masa tu keluarga husband dah masuk merisik (kami bertunang pada hari nikah) jadi rasa jugaklah takut kat dada ni apa jadi kalau dah kahwin tak reti masak langsung! Lagipun mama selalu pesan sambil berleter dgn tegas pada kami semua "korang kalau dah kahwin, tak reti masak, org kata mama tak ajar... siappp... mama taknak tampar org yang bercakap, MAMA TAMPAR MUKA KORANG".. Takut wehhhhh... Serious  takut.. hehehe.. 

Sampailah hari dah berkahwin masih belajar memasak tapi alhamdulillah mula-mula je kekok masak kat dapur mertua. Lama-lama oklah.. Masa tu husband kerja kat kl.. Saya cumalah suri rumah. Dek kerana bosan, selalu lah "godam" dapur mertua. hehe.. Masak macam-macam. Tiba-tiba satu hari teringin nak masak butter chicken kegeraman husband (kami gemar makan di satu restoran di cyberjaya, memang sedap butter chicken dia. Husband saya tak minum susu pun boleh layan butter chicken dia). Puas cari resepi semua tak kena! Cuba lg resepi lain tak sedap juga. Sampai satu hari saya kaji melalui resepi di internet dan youtube channel chef2 terkenal. Saya cuba dan rasanya memang hampir sama dgn restoran kegemaran kami tu. Alhamdulillah tapi saya tune sendiri guna resepi sendiri yang sememangnya lain dengan resepi di internet ni. Saya post kat facebook dan mendapat respon yang sangat positif dari kawan2 sampai mereka order untuk rasa apa bendanya butter chicken ni. hehehehe... Dari situ bermulanya MySudip Dapur (nama lama). Selepas ada seorang kawan suggest tukar nama dapur kepada MySudip Kitchen, saya bina perlahan-lahan empayar dapur ni.

Pada awal pertubuhan pernigaan ni pada Jan 2014, saya cuma buat butter chicken sahaja tiada menu lain dan bermula dengan servis penghantaran makanan. Tak yakin nak buat yang lain. hehehe.. Pada May 2014 saya mulakan career di sebuah syarikat swasta sebagai admin HR. Perniagaan ini diambil alih oleh adik. Tetapi disebabkan pada waktu itu along dah berpindah ke johor, adik pun taknak buat dah food delivery ni.

Jadi saya buka order pada weekend sahaja. Saya teruksan juga perniagaan walaupun tiada bantuan dari sesiapa lagi. Sebab saya memang suka bisnes makanan ni. Ia membuatkan saya lagi semangat nak belajar memasak  dan saya memulakan perniagaan penghantaran makanan di kawasan Dengkil, Cyberjaya, Putrajaya, Bangi, Kajang, Kota Warisan, Sri Kembangan. 

Hari ini 14th Jan 2016, saya rasa betul-betul happy dengan kerja saya ni. Saya ingin meneruskan karier dalam bidang makanan ni jika diizinkan Allah swt. 







SHARE

About Unknown

0 comments :

Post a Comment